Friday, 9 October 2015

Kembara Sufi menjelajah bumi Korea Selatan

PENGENALAN KEMBARA SUFI

 TRAVEL & TOURS


Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd (KSTTSB) adalah sepenuhnya daripada Bumiputra, ejen pelancongan yang dimiliki. KSTTSB Travel terletak di, Seksyen 15, 40100 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan

Memulakan operasi sejak 21 Disember, 2012, di bawah Akta Syarikat 1965 yang menyediakan pakej percutian Muslim. Antara pakej KSTTSB Travel ditawarkan adalah Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Vietnam, Kemboja, China, Australia dan Korea. Ia diasaskan oleh Ustaz Al-Fadzil Bin Hidzir dan Ahmad Idzuan Bin Dato 'Haji Sulaiman (perkongsian). Bermula dari tahun 2006, Pengarah Urusan KSTTSB terlibat dalam bidang perniagaan dengan usaha dalam pemasaran, perkhidmatan pengurusan dan agensi pelancongan. Walaupun hanya bersenjatakan sebentar berpengalaman belajar adalah memberikan perkhidmatan, Umrah dan melawat negara Asia Barat seperti Arab Saudi, Mesir, Jordan dan banyak lagi telah berjaya.

KSTTSB Travel telah terlibat secara aktif dalam menyediakan dan menguruskan tiket penerbangan, produk pelancongan pakej, seperti hari keluarga, lawatan penyelidikan pelajar, perjalanan syarikat, bulan madu pakej, permohonan visa dan perkhidmatan lain. KSTTSB adalah sebuah syarikat yang menyediakan kedua-dua pakej masuk dan keluar, tetapi mereka lebih memberi tumpuan dalam keluar daripada masuk kerana permintaan daripada pelanggan seperti Korea, Beijing, Turki, Ho Chi Minh, Indonesia dan banyak lagi. Ia juga menawarkan pakej baru seperti Eropah, Jepun dan Perth perjalanan. KSTTSB juga mengendalikan "Umrah" pakej, tetapi sebagai agen untuk "Punsu Travel & Tours "(PTT).

KSTTSB dengan moto "Membawa pakej paling murah dan berpatutan anda" memberi pelanggan pakej yang amat berpatutan untuk setiap perjalanan. Di sini, di KSTTSB mereka percaya semua orang boleh pergi untuk perjalanan tanpa mengira latar belakang mereka. Kepuasan pelanggan adalah Objektif utama kerana ia akan menentukan kejatuhan dan kebangkitan syarikat. KSTTSB menyediakan tempahan lawatan dan perkhidmatan agensi pelancongan dalam kualiti yang terbaik dengan jaminan ibadat dilakukan dengan kesempurnaan dan haji perjalanan lebih bermakna. Dengan misinya untuk menjadi agensi pelancongan terbaik di Malaysia KSTTSB telah meletakkan dirinya dalam tahap sendiri.



MAKLUMAT PAKEJ 

SEOUL DAN NAMI ISLAND, KOREA



Kembara Sufi Travel & Tours menyediakan pakej-pakej percutian di Korea, antara pakej pelancongan yang kami sediakan seperti pakej Seoul - Nami Island, pakej Seoul - Ho Chi Minh, pakej Seoul - Jeju Island - Nami Island, dan pakej Backpackers Korea. Syarikat kami akan memberikan harga yang terbaik dan bersesuaian dengan pakej Korea yang lain. 

Pakej lawatan Seoul dan Nami Island kami berlangsung selama 5 hari 4 malam dengan harga serendah RM3,299 seorang. Harga akan berubah mengikut harga tiket penerbangan dan nilai mata wang semasa. Kami hanya menyediakan pakej Full Board dan juga Ground untuk ke negara-negara yang terpilih sahaja. Pakej Korea kami disertakan sekali tiket penerbangan pergi dan balik, cukai lapangan terbang di KLIA, penginapan hotel bertaraf 3/4 bintang berserta sarapan, tiket lawatan yang terdapat dalam pakej kami, pengakutan ke tempat-tempat lawatan dan juga pemandu pelancong yang berpengalam untuk menceritakan tentang sejarah dan kebudayaan orang-orang di Korea.





PENGEMBARAAN 

SEOUL DAN NAMI ISLAND, KOREA



Kami dari pihak Kembara Sufi Travel & Tours SDN BHD ingin berkongsi pengalaman kami menjelajah bumi Korea di Seoul dan juga Nami Island. Di blog ini kami ingin menceritakan pengalaman kami bersama peserta-peserta yang menyertai percutian Seoul Korea. 


Korea Selatan atau nama rasminya Republik Korea, Hangul, Hanja, adalah sebuah negara berdaulat yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Korea di Asia Timutr. Ia bersepadanan dengan negara Republik Rakyat China (Tanah Besar China) di barat, Jepun di timur dan Republik Demokratik Rakyat Korea (Korea Utara) di Utara. Ibu negara dan bandar raya terbesarnya ialah Seoul. Korea Selatan terletak dalam kawasan beriklim kebenuaan lembap dan subtropika lembap dengan rupa muka bumi yang bergunung ganang. Wilayahnya meliputi kawasan seluas 99,392 kilometer persegi (38,375 bt) dan dengan penduduk seramai 50 juta orang, dimana bandar raya Seoul sahaja diduduki oleh 10.4 juta orang. 

Pengembaraan ini berlangsung selama 5 hari dan 4 malam. Antara tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Korea seperti Nami Island, Everland Theme Park, Itaewon Mosque, Dongdaemun Market, Kyongbok Palace, Teddy Bear Farm, Kimchi making workshop, Folk Museum, Strawberry picking, Mount Seorak, Amethyst & Cosmetic shop.

sehari sebelum tarikh percutian, biasanya pihak kami akan memakluman kepada peserta untuk berkumpul di Kaunter pertanyaan Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) 3 jam sebelum penerbangan ke Incheon Airport. Pihak kami akan menguruskan pendafataran tiket masuk sewaktu berada di KLIA2. Jika jumlah peserta melebihi 20 orang, salah seorang dari kami akan mengikut serta dalam trip percutian ini untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar. 



HARI PERTAMA

Pada hari pertama trip ini adalah hari untuk pernerbangan pergi ke Seoul, Korea. Pada kebiasaannya kami mengambil penerbangan AirAsia untuk ke Korea, dan anggaran waktu penerbangan lebih kurang 6 jam 20 minit. Kami akan mengambil waktu penerbangan di sebelah malam (waktu Malaysia) dan akan sampai ke Incheon Airport pada waktu pagi (waktu Korea).

KLIA2 TO INCHEON AIRPORT



HARI KEDUA



D.I.Y KIMCHI PROCESS


Setelah selesai, pemandu pelancong di Korea akan menunggu di hadapan pintu keluar ketibaan di Incheon Airport. Bermula di situ pemandu pelancong akan menguruskan segalanya berkenaan dengan lawatan-lawatan yang akan dituju. Beliau akan membawa terus ke destinasi lawatan ke Incheon dan akan melawat ke Seosonal Fruit Farm dan DIY Kimchi Making Process. Disini para peserta akan merasai bagaimana memetik sendiri buah strawberry terus dari pokok, dan di DIY Kimchi Making para pelancong akan di ajar cara-cara asas untuk membuat Kimchi yang merupakan satu makanan wajib yang harus di makan oleh orang-orang di Korea. Para pelancong akan di ajar sambil membuat kimchi tersebut. 





KIMCHI MAKING


KIMCHI MAKING





FRUIT FARM



SEASONAL FRUIT FARM





Setelah selesai melawat ke tempat tersebut, pelancong akan di bawa terus ke restoran Halal untuk makan tengah hari dan juga para pelancong akan berpeluang untuk solat (zohor dan Asar), kemudian pelancongan akan meneruskan lawatan ke Mount Seorak dan akan melawat sekitar Sinhueng Temple. Pemandu Pelancong tersebut akan menceritakan tentang sejarah Mount Seorak dan Sinhueng Temple. 


MOUNT SEORAK


MOUNT SEORAK
SINHUENG TEMPLE
Setelah selesai lawatan, para pelancong akan di daftar masuk ke Hotel bertaraf 3/4 bintang. Selepas itu, pemandu pelancong akan membawa pelancong ke restoran Halal di sekitar tempat penginapan untuk makan malam. Pada waktu malam pula, pelancongan akan diberi kebebasan untuk bersiar-siar di sekitar hotel untuk mengalami sendiri suasana malam di Korea. Pihak kami akan memaklum tentang aktiviti untuk lawatan pada keesokan hari.




HARI KETIGA

TEDDY BEAR MUSEUM
Para peserta akan bersarapan di Hotel dan berkumpul di lobi hotel untuk daftar keluar dan pada jam 7 pagi untuk melawat ke Teddy Bear Farm. Disini para pelancong akan diberi pendedahan tentang sejarah teddy bear dan akan melihat teddy bear yang menarik dan unik di sekitar musium Teddy Bear tersebut. Selesai melawat musium, pelancong akan di bawa terus ke restoran Halal untuk makan tengah hari dan berpeluang untuk menunaikan solat. Perjalanan akan diteruskan ke Nam-I Island. Namiseom atau dikenali dngan sebutan Nami Island merupakan sebuah pulau kecil yang terletak di Chuncheon, Korea Selatan. Ia terletak lebih kurang 3 hingga 8 kilometer dari gapyeong County. Nama pulau  ini di ambil sempena nama Jeneral Nami yang dituduh sebagai pengkhianat selama pemerintahan Raja Sejo, Raja ketujuh dari Dinasti Joseon Korea. Kemudian sebuah perusahaan tur mengembakan Namiseom menjadi Nami Island. Kini Nami Island terkenal sebagai tempat hiburan dan menjadi tempat menarik. Kepada pencinta drama Korea, sudah pasti mengenali tempat ini, kerana pulau ini sudah terkenal di dalam drama bersiri “Winter sonata” (salah satu drama yang amat popular dan pernah ditayangkan di Malaysia)

TEDDY BEAR MUSEUM
RAIL BIKING


Lawatan ini akan diteruskan ke Yangpyeong untuk menaiki Rail Biking. Pada waktu yang sama, pelancong akan mengayuh rail bike sambal menikmati pemandangan gunung-ganang yang terdapat di sekitar kawasan itu. Yangpyeong pada masa dahulu, merupakan kawasan peperangan di antara Korea Selatan dan Korea utara. Pemandu pelancong akan menceritakan lebih tentang kawasan tersebut. Sejurus itu, pelancong akan di bawa ke restoran untuk menikmati makan malam yang Halal di sekitar kawasan itu, dan perjalanan akan diteruskan ke Resort yang ditetapkan untuk bermalam di situ. Pelancong akan di beri penerangan oleh pihak kami untuk aktiviti pada keesokkan hari.


RAIL BIKING


HARI KEEMPAT


EVERLAND THEME PARK
Para pelancong akan bersarapan dahulu di Resort dan akan mendaftar keluar Resort. Selesai acara tersebut, pelancong akan di bawa ke Suwon dan Everland Theme Park. Para pelancong akan menghabiskan separuh hari di Everland Theme Park, tiket masuk taman tema ini telah di sertakan sekali bersama pembayaran pakej. Para pelancong akan berseronok untuk bermain permainang dan juga perarakan yang terdapat di dalam taman tema ini. Selepas itu, pemandu pelancong akan membawa ke restoran Halal yang terdapat di situ dan pelancong juga berkesempatan untuk menunaikan solat. Lawatan diteruskan ke Seoul dan akan melawat di Dongdaemun. Di lawatan ini, para pelancong berpeluang untuk embeli belah di sekitar kawasan ini. Pelancong juga berkesempatan untuk membeli buah tangan atau ole-ole untuk di bawa pulang ke tanah air. Setelah berpuas hati membeli-belah di Dongdaemun, para pelancong akan dibawa ke restoran Halal yang terdapat di sekitar Seoul. Setelah selesai menikmati makan malam, pelancong akan di bawa ke Hotel di Seoul untuk bermalam di situ.
EVERLAND THEME PARK



HARI KELIMA

NATIONAL FOLKLORE MUSEUM

Pada hari kelima, pelancong akan menikmati sarapan pagi di Hotel dan akan di daftar keluar Hotel. Pada waktu ini, para pelancong akan melawat di sekitar Seoul. Antara tempat-tempat yang akan di lawati di Seoul adalah Gyeongbok Palace, National Folklore Museum dan juga Blue House. Di Gyeongbok Palace, para pelancong berpeluang untuk mencuba dan bergambar dengan pakaian tradisional Korea. Pelancong juga akan melawat di sekitar Istana Korea pada zaman dahulu dan akan melihat keindahan struktur pembuatan rumah-rumah kayu yang terdapat di Korea satu ketika dahulu. Kemudian para pelancong akan melawat ke Blue House yang terdapat di tengah Bandar Raya Seoul. Blue House ini merupakan pejabat dan kediaman Rasmi untuk Presiden Korea.
 
BLUE HOUSE


ITAEWON MOSQUE


Selepas melawat di sekitar Seoul, pelancong akan dibawa ke restoren Halal untuk menikmati makan tengah hari dan berehat seketika. Kemudian perjalanan akan diteruskan untuk ke Masjid Itaewon yang terdapat di Itaewon street. Disini pelancong berpeluang untuk menunaikan solat bersama-sama umat Islam Korea yang terdapat di situ. Selesai menunaikan solat, lawatan diteruskan ke Myung-Dong street untuk membeli belah yang terakhir di situ. Setelah puas membeli-belah, pelancong akan dipindahkan ke lapangan terbang Incheon International Airport untuk pulang ke tanah air. Di Incheon Airport pelancong akan di beri peluang untuk membeli-belah di dalam kawasan airport. Pelancong akan bermalam di Incheon Airport sementara menunggu penerbangan ke Malaysia.



ITAEWON MOSQUE

MYUNG-DONG STREET



HARI KEENAM


Para pelancong akan di beri kebebasan untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan itu, sementara menunggu penerbangan pulang. Pelancong akan berkumpul 3 jam sebelum penerbangan di kawasan yang telah ditetapkan oleh wakil Kembara Sufi Travel & Tours. Dalam waktu 3 jam, pelancong akan daftar masuk tiket dan akan melepasi kastam dan Imigresen. Pada kebiasaannya pihak kami akan mengambil waktu penerbangan pulang pada jam 4.35 petang (waktu Korea) dan perjalanan pulang dari Incheon ke KLIA2 mengambil masa kira-kira 10jam 20minit dan akan tiba di KLIA2 pada jam lebih kurang 10.00 malam (waktu Malaysia). Lawatan Seoul, Korea berakhir sewaktu mendarat di tanah air dan pelancong akan pulang ke kediaman masing-masing.





TEMPAHAN 


untuk sebarang pertanyaan atau tempahan

 sila hubungi kami di talian


     03 - 55234498 : cawangan Dataran otomobil 
 03 - 55244498 : cawangan Anggerik Mall 
011 - 16449964 : cawangan Johor


email
infokembarasufi6@gmail.com
kembarasufitravel@gmail.com



or visit our website
Facebook : kembara sufi travel & tours sdn. bhd.
Instagram : kembarasufitravelandtours


No comments:

Post a Comment