Monday, 29 February 2016

Ho Chi Minh, Vietnam


Assalammualaikum wbt & salam sejahtera semua. Bandar Ho Chi Minh, atau lebih dikenali sebagai Saigon suatu ketika dahulu merupakan sebuah bandar yang terbesar di Vietnam hari ini. Bandar Saigon ini pernah menjadi ibu kota CoChinchina Perancis. Pusat bandar yang terletak di Sungai Saigon dan berdekatan dengan delta Sungai Mekong. Sebuah bandar yang kawasan metropolitannya didiami seramai 9 juta penduduk.

Antara pakej percutian pihak Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd menawarkan ialah ke Ho Chi Minh, Vietnam. Pakej yang disediakan berserta tiket penerbangan anda pergi dan pulang, hotel 3 bintang dan setaraf, tour guide, pengangkutan sepanjang percutian anda di sana, dan makanan yang halal di restoran yang halal atau di hotel yang halal.

Harga bermula untuk ke Ho Chi Minh Vietnam ialah RM 1,399. Berikut adalah serba sedikit tempat atau kawasan yang akan anda lawati sepanjang 4 hari 3 malam di sana.



HARI PERTAMA


Sampai sahaja di lapangan terbang, pelancong akan daftar masuk ke hotel dan kemudia melawat beberapa tempat yang menarik seperti gambar di bawah:

OLD POST OFFICE
THE PEOPLE'S COMMITTEE HALL
CHINA TOWN, HO CHI MINH CITY
LAMSON MOSQUE

HARI KEDUA


CHU CHI TUNNEL
Gambar di atas ialah di Terowong Chu Chi. Terowong Chu Chi merupakan sebuah kawasan yang sangat popular di Ho Chi Minh untuk melawat. Ramai pelancong seluruh dunia akan datang melawat ke tempat ini kerana keunikkannya yang tersendiri. Terowong Chu Chi ialah sebuah sistem Kabupaten CuChi, Saigon. Sistem ini terletak 40km daripada bandar Saigon. Sebuah terowong yang dibangunkan ketika perang vietnam oleh komunis vietnam. Hari ini, kawasan yang mempunyai sejarahnya ini menjadi pusat tumpuan dan dijadikan aset perlancongan yang sangat popular di Vietnam. 

HARI KETIGA


SUNGAI MEKONG
MERENTASI SUNGAI MEKONG
THOI SON ISLAND

HARI KEEMPAT

TAN SON NHAT AIRPORT
Sedikit sebanyak yang pihak kami telah kongsikan perjalanan ke Ho Chi Minh dan beberapa aktiviti dan tempat pelancongan yang akan anda lawati di sana. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda dialu-alukan untuk menguhubungi kami di talian seperti di bawah :

03-55234498 (Dataran Otomobil-HQ)
03-55244498 (Anggerik Mall-cawangan shah alam)
07-4530953 (Cawangan johor)
Email : infokembarasufi6@gmail.com

1 comment:

  1. Salam cik..
    Boleh tak cik.. kongsikan kos untuk transport @ tour guide shj, utk perlukan ke tempat yg wajib utk dilawati di Ho Chin Mihn.
    Sbb sy dah mempunyai tiket flight n hotel..

    ReplyDelete